Tuesday, April 25, 2017

Tempahan 24 Apr 2017

Butterscotch Cake with Didi & Frens Theme

Base: Butterscotch Cake
Layer : 4 layer with Butterscotch Cream Cheese Frosting & Butterscotch Sauce
Top : Custom Edible Image

Tq En Faizal

SILA HUBUNGI KAMI:
Fb : Zayani To U Bakers
Fb Fan Page : Zayani2u Bakers
Alamat : Taman Tapah 2, Tapah Perak
WEB : www.zayani2u.blogspot.com
TEL : WA 019 289 6898
EMAIL : zayani2u@yahoo.com
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/zayani2u_bakers/

#Zayani2uBakers #BelumCubaBelumTahu #SokongProdukMuslim #DijaminHalal #Celebration #Homemade #perak #tapah #bidor #sayajualkek #birthdaycake #weddingcake  #perakwedding #doorgift #bakingdecoclass #kidsbakingdecoclass

Tempahan 21 Apr 2017

2tiers Wedding Cake

Base 1st Cake : Choc Moist Cake
Base 2nd Cake : Carrot Cake

Tq En Marsuki dari Ipoh yang sudi nak tempah dari saya yg jauh nun di Tapah ni. Mudah2an Allah murahkan rezeki kesihatan & kelapangan juga buat En Marsuki sekeluarga juga.

SILA HUBUNGI KAMI:
Fb : Zayani To U Bakers
Fb Fan Page : Zayani2u Bakers
Alamat : Taman Tapah 2, Tapah Perak
WEB : www.zayani2u.blogspot.com
TEL : WA 019 289 6898
EMAIL : zayani2u@yahoo.com
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/zayani2u_bakers/

#Zayani2uBakers #BelumCubaBelumTahu #SokongProdukMuslim #DijaminHalal #Celebration #Homemade #perak #tapah #bidor #sayajualkek #birthdaycake #weddingcake  #perakwedding #doorgift #bakingdecoclass #kidsbakingdecoclass

Tempahan 22 Apr 2017

50pcs Cream Puff

Tq Dr Lin.. kerana jadi pelanggan setia saya walaupun acapkali terpaksa batalkan tempahan kerana keadaan tak mengizinkan tempohari (ibu past away). Mudah2an Allah murahkan rezeki kesihatan & kelapangan juga buat Dr Lin sekeluarga

SILA HUBUNGI KAMI:
Fb : Zayani To U Bakers
Fb Fan Page : Zayani2u Bakers
Alamat : Taman Tapah 2, Tapah Perak
WEB : www.zayani2u.blogspot.com
TEL : WA 019 289 6898
EMAIL : zayani2u@yahoo.com
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/zayani2u_bakers/

#Zayani2uBakers #BelumCubaBelumTahu #SokongProdukMuslim #DijaminHalal #Celebration #Homemade #perak #tapah #bidor #sayajualkek #birthdaycake #weddingcake  #perakwedding #doorgift #bakingdecoclass #kidsbakingdecoclass

Friday, April 14, 2017

TUKAR NOMBOR BARU

PEMBERITAHUAN
Pertukaran nombor telefon Zayani2u Bakers

Sebarang pertanyaan/ info/ urusniaga di masa hadapan hanya menggunakan talian ini sahaja

019.289.6898

Wednesday, April 5, 2017

Kematian Yang Menghidupkan........





Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka kata, semoga diri kita semua berada di dalam rahmatNya. Terfikirkah kita adakah perjalanan kehidupan kita selama ini diterima olehNya atau sekadar mengundang murkaNya? Pernahkah ada air mata yang menitis menginsafi kejahilan diri sekalipun tempat teratas dan bahagia telah kita miliki? Istiqamahkah kita bertaubat kepadaNya lantaran pelbagai dosa yang kita warnakan saban hari? Mengingatkan diri ini jua kerana ku bimbang di akhir nanti di  manakah diri ini bakal ditempatkan.
Suasana di Perkuburan Menginsafkan
Ya aku akui, semakin hari berganti hari, tanah perkuburan ini bakal penuh dengan jasad manusia dan masing-masing menunggu tiket untuk mengisinya. Dahulu kawasannya agak lapang, tetapi lama-kelamaan aku pasti  ianya akan penuh menanti pasangannya yang bakal dijemput nanti.
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”
(Surah Ali Imran : 185)
Untuk menghargai sebuah kematian mungkin tidak semudah menghargai sebuah kehidupan. Untuk bersedia membuat persediaan menghadapi sebuah kematian mungkin tidak semudah membuat persediaan menghadapi sebuah pernikahan. Untuk menangisi sebuah kematian mungkin  tidak semudah menangisi sebuah perpisahan mahupun kekalahan, tetapi ia akan kembali dipermudah andai kita tahu , faham dan mengerti sebab dan tujuan kita diciptakan.
Katakanlah , “Sesungguhnya kematian yang  kamu lari daripadanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah Al-Jumu’ah : 8)
Kematian Itu Menghidupkan
Kematian Ibu saya yang mengejutkan, berlaku dalam kediaman saya didepan mata saya ia berkisar tentang kehidupan sebenar yang lebih menghidupkan dan bukan sekadar jasad kaku yang dipersembahkan. Bila-bila masa tidak kira di mana jua, tidak kira tahap umur  seseorang, kematian bisa terjadi tanpa kita ketahui. Hakikatnya, kematian itu adalah rahsia Ilahi yang Maha Mengasihani. Kebiasaannya, bagi mereka yang sudah lanjut usia, waktu itulah dipergunakan dengan sebaik-baiknya dengan ibadah dan kebaikan kerana mereka sudah meyakini masa untuk kembali kepada Penciptanya berbaki hanya sedetik cuma.
Sepatutnya perkara yang perlu dilakukan bagi seseorang pejuang yang yakin dengan hari kematian dan pertemuan dengan Allah SWT, mereka tidak akan mudah terasa hati dengan rakan seperjuangan, mudah memaafkan sahabat dan kenalan, sentiasa berakhlak mulia, sangat menjaga ukhwah, berlapang dada apabila ditegur,  sedia menerima nasihat dan banyak lagi amalan kebaikan yang mampu memberi manfaat kepada kehidupan kita seharian. Kita kalah bukan sebab musuh kita kuat, tetapi dalaman kita lemah.

Terdapat beberapa hikmah yang boleh kita perolehi dari mengingat kematian. Antaranya :
1.       Mengingat kematian dapat melebur dosa dan mendidik diri bersifat zuhud.
“Perbanyaklah mengingat kematian , sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia.”
(HR Ibnu Abiddunya)

2.       Seseorang yang cerdik adalah mereka yang sentiasa mengingat hari kematian.

“Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu.Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.”
(HR Ibnu Majah)

Akhir kalam , sentiasa bermuhasabah dengan kehidupan kita di dunia. Semoga saat kehidupan kita di dunia ini dan detik kematian kita bertemu Pencipta adalah saat yang terindah kerana keredhaanNya mengiringi kita. Cukuplah kematian penasihat berharga bagi kita  yang masih  hidup di bumiNya. Hidup menjadi hambaNya yang taat dan mati menjadi qudwah terhebat. In Shaa Allah.
Wallahu’alam.

C&P http://isma.org.my/v2/kematian-yang-menghidupkan/